1. Mengucapkan salam ketika masuk kompleks pekuburan
Dari Buraidah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:
كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعَلِّمُهُمْ إِذَا خَرَجُوا إِلَى الْمَقَابِرِ، فَكَانَ قَائِلُهُمْ يَقُولُ – فِي رِوَايَةِ أَبِي بَكْرٍ -: السَّلَامُ عَلَى أَهْلِ الدِّيَارِ، – وَفِي رِوَايَةِ زُهَيْرٍ -: السَّلَامُ عَلَيْكُمْ أَهْلَ الدِّيَارِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُسْلِمِينَ، وَإِنَّا، إِنْ شَاءَ اللهُ لَلَاحِقُونَ، أَسْأَلُ اللهَ لَنَا وَلَكُمُ الْعَافِيَةَ
“Bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengajarkan (kepada para sahabat) apabila keluar pergi ke kuburan maka ucapkanlah:
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ أَهْلَ الدِّيَارِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُسْلِمِينَ، وَإِنَّا، إِنْ شَاءَ اللهُ لَلَاحِقُونَ، أَسْأَلُ اللهَ لَنَا وَلَكُمُ الْعَافِيَةَ
“Salam ke atas ahli kubur dari kalangan kaum mukminin dan muslimin. Dan sesungguhnya kami insyaAllah akan bertemu kalian. Aku memohon kepada Allah untuk kami dan kalian al-‘afiyah (keselamatan).” [HR. Muslim no. 974]
السَّلَامُ عَلَى أَهْلِ الدِّيَارِ
“…Salam ke atas kalian, ahli kubur dari kalangan kaum mukminin dan muslimin…” (Shahih Muslim, no. 975. Bab: Apa yang diucapkan oleh orang yang memasuki kubur dan doa untuk ahlinya)
2. Tidak memakai sandal ketika memasuki pekuburan
Dari shahabat Basyir bin Khashashiyah radhiyallahu ‘anhu : “Ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam sedang berjalan, tiba-tiba beliau melihat seseorang sedang berjalan diantara kuburan dengan memakai sandal. Lalu Rasulullah bersabda,
يَا صَاحِبَ السِّبْتِيَّتَيْنِ، وَيْحَكَ أَلْقِ سِبْتِيَّتَيْكَ» فَنَظَرَ الرَّجُلُ فَلَمَّا عَرَفَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَلَعَهُمَا فَرَمَى بِهِمَا
“Wahai pemakai sandal, celakalah engkau! Lepaskan sandalmu!” Lalu orang tersebut melihat (orang yang meneriakinya). Tatkala ia mengenali (kalau orang itu adalah) Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, ia melepas kedua sandalnya dan melemparnya” [HR. Abu Dawud (2/72), An Nasa’I (1/288), Ibnu Majah (1/474), Ahmad (5/83), dan selainnya. Al Hakim berkata : “Sanadnya shahih”. Hal ini disetujui oleh Adz Dzahabi dan juga Al Hafizh di Fathul Baari (3/160). Lihat Ahkaamul Janaa-iz hal. 173, Maktabah Al Ma’arif]
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
لأن أمشي على جمرة أو سيف أو أخصف نعلي برجلي أحب إلي من أن أمشي على قبر مسلم . وما أبالي أوسط القبور قضيت حاجتي أو وسط السوق
“Sungguh, aku berjalan di atas bara api atau pedang, atau aku ikat sandalku dengan kakiku lebih aku sukai daripada berjalan di atas kubur seorang muslim. Dalam pandanganku, kejelekannya sama saja, buang hajat di tengah kubur atau di tengah pasar.” [HR. Ibnu Majah nomor 1567 dengan sanad yang shahih]
3. Tidak duduk di atas kuburan dan menginjaknya
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata : Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
لَأَنْ يَجْلِسَ أَحَدُكُمْ عَلَى جَمْرَةٍ فَتُحْرِقَ ثِيَابَهُ، فَتَخْلُصَ إِلَى جِلْدِهِ، خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَجْلِسَ عَلَى قَبْرٍ
“Sungguh jika salah seorang dari kalian duduk di atas bara api sehingga membakar bajunya dan menembus kulitnya, itu lebih baik daripada duduk di atas kubur” [HR. Muslim (3/62)]
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
لَا تُصَلُّوا إِلَى الْقُبُورِ وَلَا تَجْلِسُوا عَلَيْهَا
“Janganlah kamu mengerjakan sholat dengan menghadap kuburan dan jangan pula kamu duduk-duduk di atasnya.” [Musnad Ahmad, no. 17215. Shahih Muslim, no. 972. Bab Larangan duduk-duduk di atas kubur dan solat padanya]
4. Mendo’akan mayit jika dia seorang muslim
Orang yang berziarah diperintahkan untuk mengucapkan salam kepada mayit, mendo’akannya, dan memohonkan ampun untuknya. Tetapi, ini khusus untuk orang yang meninggal di atas Islam (muslim) Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha berkata:
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَخْرُجُ إِلَى الْبَقِيعِ فَيَدْعُو لَهُمْ، فَسَأَلَتْهُ عَائِشَةُ عَنْ ذَلِكَ ؟ فَقَالَ: إِنِّي أُمِرْتُ أَنْ أَدْعُوَ لَهُمْ
“Bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah pergi ke tanah perkuburan Baqi’. Kemudian, beliau mendoakan para penghuninya.
‘Aisyah bertanya kepada beliau berkenaan perkara tersebut, maka beliau menjawab:
Sesungguhnya aku diperintahkan untuk mendoakan mereka.” [HR. Ahmad (6/252). Syaikh Al Albani berkata : “Shahih sesuai syarat Syaikhain (yakni Bukhari dan Muslim-ed)”. Lihat Ahkaamul Janaa-iz hal. 239]
5. Tidak mendoakan mayit jika ia orang kafir
Dalam sebuah hadis daripada Sa’ad B. Abi Waqqash radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:
جَاءَ أَعْرَابِيٌّ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: إِنَّ أَبِي كَانَ يَصِلُ الرَّحِمَ وَكَانَ وَكَانَ فَأَيْنَ هُوَ؟ قال: (فِي النَّارِ) فكأن الْأَعْرَابِيُّ وَجَدَ مِنْ ذَلِكَ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ فَأَيْنَ أَبُوكَ؟ قَالَ: (حَيْثُمَا مَرَرْتَ بِقَبْرِ كَافِرٍ فَبَشِّرْهُ بِالنَّارِ) قال: فَأَسْلَمَ الْأَعْرَابِيُّ بَعْدُ فقال: َقَدْ كَلَّفَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَعَبًا مَا مَرَرْتُ بِقَبْرِ كَافِرٍ إِلَّا بَشَّرْتُهُ بِالنَّارِ
“Ada seorang ‘Arab Baduwi datang kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam lalu berkata:
“Sesungguhnya ayahku biasa bersilaturrahim (menyambungkan tali kekeluargaan), dan beliau juga biasa beramal begitu dan begini, maka di manakah tempat beliau?”
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun menjawab:
“Di Neraka.” Maka seolah-olah ‘Arab Baduwi tersebut merasa sesuatu dari perkara tersebut, maka dia pun bertanya:
“Wahai Rasulullah, di manakah ayahmu?”
Beliau pun menjawab:
“Di manapun engkau melintasi kuburan orang kafir, maka sampaikanlah berita gembira kepada mereka berupa Neraka.”
Sa’ad bin Abi Waqqash berkata:
“Setelah itu, ‘Arab Baduwi itu pun memeluk Islam, lalu berkata:
“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah membebankan aku dengan sesuatu yang melelahkan. Tidaklah aku melintasi kuburan orang kafir melainkan aku sampaikan berita gembira kepadanya berupa Neraka.” [ath-Thabrani, al-Mu’jam al-Kabir, no. 326. Dinilai sahih oleh al-Albani]
Berdalilkan hadist ini, Syaikh al-Albani rahimahullah mengatakan:
وإذا زار قبر الكافر فلا يسلم عليه، ولا يدعو له، بل يبشره بالنار، كذلك أمر رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ في حديث سعد بن أبي وقاص
“Jika menziarahi kuburan orang kafir, maka janganlah mengucapkan salam ke atasnya dan jangan mendoakannya. Sebaliknya berilah berita gembira ke atas mereka dengan Neraka. Demikianlah yang diperintahkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam di dalam hadis Sa’ad Bin. Abi Waqqash.” (Al-Albani, Ahkam al-Jana’iz wa Bida’uha, m/s. 251 – Maktabah al-Ma’aarif)
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah menziarahi kubur ibunya yang mana beliau meninggal dunia dalam keadaan tidak memeluk Islam. Kata Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu:
زَارَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَبْرَ أُمِّهِ فَبَكَى وَأَبْكَى مَنْ حَوْلَهُ فَقَالَ اسْتَأْذَنْتُ رَبِّي فِي أَنْ أَسْتَغْفِرَ لَهَا فَلَمْ يُؤْذَنْ لِي وَاسْتَأْذَنْتُهُ فِي أَنْ أَزُورَ قَبْرَهَا فَأُذِنَ لِي فَزُورُوا الْقُبُورَ فَإِنَّهَا تُذَكِّرُ الْمَوْتَ
“Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah menziarahi kubur ibunya lalu beliau mengangis, dan turut mengangis orang-orang di sekelilingnya. Maka beliau pun bersabda:
Aku memohon kepada Rabb-ku untuk memberikan keampunan untuk ibuku, tetapi Dia tidak mengizinkanku. Aku memohon untuk menziarahi kuburnya, maka Dia memberi izin kepadaku. Oleh itu, ziarahilah kubur, kerana ia dapat mengingatkan kepada kematian.” [Shahih Muslim, no. 976. Bab: Permohonan Nabi kepada Rabb-nya Untuk Menziarahi Kubur Ibunya]
6. Boleh mengangkat tangan ketika mendo’akan mayit tetapi tidak boleh menghadap kuburnya ketika mendo’akannya (yang dituntunkan adalah menghadap kiblat)
berdasarkan hadits
فَقَامَ، فَأَطَالَ الْقِيَامَ، ثُمَّ رَفَعَ يَدَيْهِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، ثُمَّ انْحَرَفَ فَانْحَرَفْتُ
“(Ketika di perkuburan Baqi’) Nabi berdiri cukup lama dan kemudian mengangkat kedua tangannya tiga kali. Dan kemudian beliau pun terus pulang…” [Shahih Muslim, no. 974]
7. Menjauhi Perkataan-perkataan Batil seperti Meratap atau Menangis dengan Meraung-raung
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
من نيح عليه فإنه يعذب بما نيح عليه يوم القيام
“Barangsiapa yang ditangisi dan diiringi dengan ratapan, maka ia akan merasa tersiksa pada hari kiamat kelak disebabkan ratapan tersebut.”[HR. Muslim nomor 933].
Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda,
إن الله لا يعذب بدمع العين ولا بحزن القلب ولكن يعذب بهذا – وأشار إلى لسانه
“Sesungguhnya Allah tidaklah mengadzab disebabkan bercucurnya air mata atau bersedihnya hati. Namun Allah membuatnya tersiksa dengan sebab (ratapan) yang diucapkan oleh lisan seseorang-beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam berisyarat dengan menunjuk lisannya.”[HR. Bukhari nomor 1304].
Via Mutiara Hadits Pilihan
silakan share semoga bermanfaat dan menginspirasi
serta menjadi renungan bagi sahabat yang lainnya.